News & Events

Alumni Menganjur Majlis Persaraan Guru

Pihak Alumni Ex SSBJ telah menganjurkan  Majlis Persaraan "Cikgu Legend SSBJ" iaitu Cikgu Suhaimi, Cikgu Muralee & Cikgu Gopal pada 5 September 2020. Majlis ini telah diadakan di Perkarangan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan turut dimeriahkan dengan kehadiran cikgu-cikgu otai yang lain iaitu Cikgu Ithnin, Sir Kon, Cikgu Yasri, Ms Choo, Sir Jeffrey Low, Cikgu Jamuna, Cikgu Chua serta cikgu2 di SSBJ.

Kami di Alumni juga mohon maaf kerana sedikit lewat meraikan hari bersejarah atas faktor kekangan Covid 19.

Sebagai simbolik kepada persaraan 3 legenda ini, satu perlawanan hoki persahabatan juga telah diadakan dengan menghimpunkan semua bintang-bintang hoki tanahair yang juga merupakan produk SSBJ seperti Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Tengku Ahmad Tajuddin bin Tengku Abdul Jalil dan ramai lagi.

Terima kasih atas jasa kalian mendidik kami selama ini..All the best & enjoy your retirement Cikgu Suhaimi Sun Abdullah, Cikgu Muralee Vasuthevan & Cikgu Gopal