News & Events

Sumbangan Peralatan Asas COVID-19 Untuk SSBJ

Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kepada pihak sekolah dalam menangani Pandemik Covid-19, Alumni Ex SSBJ telah sudi menyumbangkan beberapa peralatan asas seperti Stand Thermometer, Face Mask & Hand Sanitizer bernilai RM3000.

Majlis ringkas yang diadakan pada 5 September 2020 di perkarangan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di hadiri oleh guru-guru dan bekas-bekas pelajar SSBJ.

Sumbangan Kit Covid-19 ini disampaikan oleh Presiden Alumni Ex SSBJ, Saudara Razmin Ramli kepada Pengetua SSBJ, En. Ithnin Mahadi.

Semoga semua warga SSBJ khususnya guru-guru dan pelajar dilindungi daripada musibah Covid-19.