Sumbangan Mimbar Alumni BJSS
Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kepada SSBJ, pihak Alumni telah berbesar hati menyumbang Mimbar dan Tongkat Khutbah untuk kegunaan Surau Khalid Al-Walid. Sumbangan tongkat dan mimbar khutbah yang bernilai RM4500 ini telah diterima sendiri oleh Pengetua SSBJ, YBrs En Huszaidi Hussin. Untuk rekod, sebahagian kos pembelian tongkat dan khutbah ini adalah hasil kutipan derma dan infaq daripada bekas-bekas pelajar & guru.
Terima kasih kepada semua penderma dan semoga kalian sentiasa dilimpahkan rezeki serta dirahmati Allah SWT